Silibus Matematik Sekolah Rendah 2020 8

Silibus Matematik 2020 Lebih Mencabar, Murid Tahun 4 Bakal Pelajari Topik Kewangan Dunia

Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau lebih dikenali sebagai KSSR diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada dalam memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan bagi memenuhi keperluan semasa dan menghadapi cabaran abad ke-21.

KSSR berbeza dengan KBSR yang mana hanya melihat kepada tiga aspek sahaja iaitu Komunikasi, Manusia dan Alam Keliling dan perkembangan Diri Individu. KBSR menggunakan elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira).

Seiring dengan peredaran zaman, silibus pembelajaran dan pengajaran murid-murid turut diubah supaya bersesuaian dengan kehendak sesuatu zaman.

Seorang guru subjek Matematik, Mohd Fadli Salleh berkongsi tentang isi bengkel yang beliau ikuti untuk silibus Matematik Tahun 4 pada tahun 2020. Katanya murid-murid Tahun 4 pada masa akan datang perlu lebih bersedia sebelum memulakan persekolahan.

Nak tahu kenapa? Jom baca penjelasan beliau.

Silibus Matematik Sekolah Rendah 2020 4

Walaupun tajuk sudah dikurangkan daripada 18 buah kepada lapan buah sahaja, kepadatannya tetap sama. Malah ada juga selitan topik Matematik Tahun 5 dan Tahun 6 di dalam silibus Tahun 4.

Silibus Matematik Sekolah Rendah 2020

Ibu bapa berdepan dengan cabaran baharu iaitu memastikan anak-anak di Tahun 3 sudah menghafal rumus-rumus asas sekiranya mahu mereka cemerlang dalam subjek Matematik.

Silibus Matematik Sekolah Rendah 2020 5

Pengiraan bukan sekadar tambah, tolak, darab dan bahagi sahaja, malah pada sub-sub topik ini akan diajar tentang pengurusan kewangan termasuklah tanggungjawab membuat keputusan berkenaan dengan kewangan.

Silibus Matematik Sekolah Rendah 2020 1

 

Silibus Matematik Sekolah Rendah 2020 7

 

Silibus Matematik Sekolah Rendah 2020 6

Bukan itu sahaja, murid-murid Tahun 4 pada tahun 2020 perlu juga memahami dan menghafal kadar tukaran wang dunia serta instrumen pembayaran seperti menggunakan kod QR, kad kredit, Touch n’ Go dan sebagainya.

Silibus Matematik Sekolah Rendah 2020 2

Silibus baharu ini bukan sahaja memberikan tekanan kepada murid-murid, tetapi juga bebanan kepada guru. Bebanan daripada segi memahamkan murid-murid mengenai silibus itu semua, sedangkan yang asas pun masih ramai belum kuasai.

Silibus Matematik Sekolah Rendah 2020 3

Sebagai ibu bapa, tugas mendidik anak-anak zaman sekarang ini tidak boleh diserahkan 100% pada guru. Tetapi perlu juga campur tangan anda supaya anak anda tidak ketinggalan di sekolah.

Kepentingan menambah dengan pembelajaran tambahan seperti kelas tambahan berbayar juga sudah menjadi keperluan untuk anak-anak anda lebih menguasai silibus pendidikan kini.

Jadi, sudah bersediakah anda para ibu bapa?

Sumber: Mohd Fadli Salleh