Hukum Panggil Pasangan 1

Panggil Pasangan Dengan Gelaran Ayah/Ibu Atau Abi/Umi Tidak Jatuh Hukum Haram

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Masyarakat sering terkeliru dengan hukum memanggil pasangan dengan gelaran abi, umi, ayah, ibu dan sebagainya. Ada yang berpendapat bahawa ianya adalah haram kerana hukumnya sama seperti zihar.

Apa itu zihar?

Zihar ialah perbuatan seorang suami yang menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya untuk selama-lamanya, seperti ibu dan anak perempuan. Secara ringkas, zihar merupakan perbuatan yang mengharamkan perkara yang halal.

Jadi jatuhkah hukum zihar kepada perbuatan menggelar pasangan dengan gelaran-gelaran seperti di atas?

Dari hantaran Facebook Ustaz Azhar Idrus, ianya tidak dikira zihar sehinggalah diniatkan sebagai zihar. Pada pendapat Abu Hanifah dan Syafie, panggilan tersebut digunakan sebagai salah satu cara memuliakan melainkan ianya dengan niat seperti niat-niat di dalam masalah talak.

Hukum Panggil Pasangan

Walaupun sebahagian ulama menganggap ianya adalah makruh, namun tiada asas untuk menyatakan hal tersebut. Jika panggilan nama tersebut adalah perbuatan yang mahu menunjukkan kasih sayang, maka ianya dibenarkan dan digalakkan.

https://www.facebook.com/badrulaini.shaari/posts/10156473038918443

Jadi, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan awal. Fahamkan dan nilai dahulu semua aspek sebelum menjatuhkan hukum.

Sumber: IslamQa