Alih Bahasa Lagu Aladdin 1

Dengar Lagu ‘Aladdin – A Whole New World’ Dalam 20 Alih Bahasa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

A Whole New World merupakan lagu daripada filem animasi Aladdin pada tahun 1992 dengan lirik yang ditulis oleh Tim Rice kemudiannya menerima disusun muziknya oleh Alan Menken.

Secara asalnya, lagu nyanyian duet daripada Brad Kane (Aladdin) dan Lea Salonga (Jasmine) ini memperlihatkan kisah cinta antara kedua-duanya semasa menaiki tikar ajaib.

Alih Bahasa Lagu Aladdin

Pernah merangkul anugerah sebagai lagu terbaik di Anugerah Grammy ke-65 dan Anugerah Tahunan Grammy ke-36, lagu A Whole New Wordl ini dinyanyikan semula ke dalam lebih 20 buah alih bahasa.

Dalam pautan video di bawah, anda dapat lihat antara alih bahasa yang termasuk ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Rusia, Bahasa Mandarin, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Melayu.

Untuk pengetahuan anda, dalam versi Bahasa Melayu ianya dinyanyikan oleh Shila Amzah dan Hael Husaini. Untuk lihat klip penuh, klik pautan di bawah.