
FashionValet Isytihar Rugi Sebab Tak Nak Bayar Cukai?
Sebut sahaja FashionValet (FV) pasti terbayang Vivy Yusof. Merupakan platform e-dagang yang diasaskan pada 2010, FashionValet mendapat tumpuan apabila salah satu produk keluaran mereka iaitu tudung dijual dengan harga RM1,000 sehelai.
Fashion Valet kini sekali lagi menjadi mangsa serangan netizen apabila mereka sudah mengisytiharkan kerugian selama 5 tahun. Antaranya, FashionValet sengaja mengisytihar rugi kerana mahu lari daripada pembayaran cukai.
Walaupun FashionValet mengalami kerugian, syarikat itu masih lagi menerima pelaburan dari luar. Nak tahu kenapa? Ini kerana pihak pelabur tahu dan arif mengenai tahap (tempoh) kematangan sesuatu perniagaan.
Bagus atau tidak sesuatu perniagaan itu bukan hanya melihat kepada nilai kerugian syarikat.
Pengisytiharan kerugian penting terutamanya pada syarikat yang baru membangun. Pihak pelabur akan melihat kepada model perniagaan sama ada ianya ada ‘nilai’ atau pun tidak.
Setiap syarikat ada perancangan cukai dan pengurusan pendapatan mereka. Untuk tahu semua itu memerlukan laporan kewangan penuh syarikat, bukan setakat daripada dua helai kenyataan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Bak kata Khairul Azri, ambil contoh syarikat-syarikat lain yang baru membangun seperti Uber dan Spotify. Jangan terus mahu main hentam sahaja.
Sumber: Khairul Azri
Trending now



