Demonstrasi Jalanan

Demonstrasi Jalanan Bukan Lagi Kesalahan Di Bawah Pindaan APA 2012

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ada sesetengah pihak menganggap demonstrasi jalanan merupakan salah satu insiden kepada kekecohan yang membawa kepada perpecahan kaum. Ada juga yang menganggap ianya sebagai tanda rakyat bersatu.

Kebiasannya demonstrasi jalanan ini akan dilakukan apabila skeumpulan masyarakat mahu menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap beberapa isu.

Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) atau juga dikenali sebagai Akta 736 merupakan suatu undang-undang yang mengawal selia bantahan awam dan perhimpunan aman di Malaysia telah diluluskan di Parlimen pada 24 November 2011.

Akta yang digubal selepas empat bulan penganjuran Bersih 2.0 ini membenarkan warga untuk menganjurkan dan turut serta dalam suatu perhimpunan dengan aman tanpa menggunakan senjata.

Demonstrasi Jalanan 1

Akta ini turut memperuntukkan sekatan-sekatan tertentu bersesuaian dengan manfaat yang berhubungan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagian ketenteraan awam, termasuklah perlindungan hak dan kebebasan orang lain.

Kerajaan hari ini dalam pindaan Rang Undang-Undang yang dibentangkan untuk pembacaan pertama memberitahu bahawa mereka bercadang mahu membuang demonstrasi jalanan sebagai salah satu kesalahan jenayah melalui pindaan Akta tersebut.

Selain daripada itu, pihak kerajaan turut bercadang mahu mengurangkan tempoh notis mandatori kepada pihak berkuasa iaitu dari 10 hari kepada tujuh hari sahaja.

Sumber: MalaysiaKini, Penerangan