Gaji Pekerja Malaysia Terlalu Rendah 1

Gaji Pekerja Di Malaysia Terlalu Rendah – Bank Negara

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Isu gaji merupakan salah satu isu yang menjadi perbincangan hangat dalam masyarakat.

Menurut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018, gaji pekerja di Malaysia merupakan antara yang dibayar tanpa mengikut bayaran sepatutnya. Perbincangan antara perkaitan jumlah gaji yang dibayar dengan produktiviti pekerja merupakan refleksi hubungan antara majikan dan pekerja.

Bank Negara turut mendapati bahawa produktiviti yang dihasilkan oleh pekerja tidak setanding dengan apa yang mereka terima. Pekerja Malaysia masih dibayar dengan upah lebih rendah jika dibandingkan dengan pekerja di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jerman dan Singapura.

Keadaan ini jelas ditunjukkan di dalam industri perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan yang bergantung kepada pekerja berkemahiran rendah dan lebih berintensifkan pekerja.

Gaji Pekerja Malaysia Terlalu Rendah
Sumber: Republika

Dalam laporan tahunan itu turut mendapati bahawa jika seorang pekerja Malaysia itu hanya dibayar dengan nilai gaji sebanyak RM1,387 setelah mengeluarkan output sebanyak RM4,079.

Berikutan dengan itu, pihak Bank Negara menggesa kerajaan untuk memperbaiki undang-undang buruh serta memperbaharui pasaran buruh supaya dapat menarik pelaburan berkualiti yang akan menjana pekerjaan mahir lebih tinggi.

Sumber: MalaysiaKini, Laporan Tahunan Bank Negara 2018