Menara Tertinggi di Malaysia 1

Menara 118 Tingkat Tertinggi Malaysia Dan Asia Tenggara Sudah Di Aras 75

Bangunan pencakar langit yang bakal menjadi negara tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara setinggi 118 tingkat kini sudah dibina di tingkat 75.

Berperanan dalam merangsang ekonomi negara, bangunan Projek Menara Warisan Merdeka 118 (PNB118) dijangka akan disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan iaitu pada awal tahun 2021.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad, menjelang akhir tahun ini, bangunan ini dijangka sudah siap dibina antara aras 80 hingga 90.

Menara Tertinggi di Malaysia 2

Dibangunkan di kawasan Stadium Merdeka, bangunan pencakar langit Malaysia yang terbaharu ini dibina dalam keluasan 5.6 hektar.

Pembahagian tingkat dibuat dengan cara: 83 tingkat ruang pejabat, 16 tingkat hotel mewah, tiga tingkat dek pemerhatian dan 16 tingkat ruang kemudahan dan lobi langit.

Selain daripada projek PNB118 ini, pengurus dana terbesar di Malaysia ini turut mengendalikan projek PNB1194 iaitu projek pembangunan di atas bekas ibu pejabar Malaysia Airlines di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur yang dijangka siap pada tahun 2021.

Selepas kedua projek ini selesai, PNB memberitahu bahawa mereka tidak lagi akan menjadi pemaju hartanah tetapi menjana wang daripada penjualan simpanan tanah yang sudah matang kepada pemaju hartanah yang lain.

Sumber: Harian Metro