
Rakyat Malaysia Dinobat Sebagai Ke-25 Terseksi Di Dunia
Sekali lagi Malaysia berjaya menaikkan namanya di persada global apabila dinobatkan sebagai Negara Terseksi Dunia dengan kedudukan di tangga 25.
Antara personaliti yang berkemungkinan menaikkan nama Malaysia adalah seperti Tan Sri Michelle Yeoh, pelakon Henry Golding dan model Amber Chia.
Berdasarkan laman pelancongan antarabangsa Big 7 Media, 1.5 juta orang penduduk di seluruh dunia ditinjau pendapat mereka mengenai lokasi orang tercantik di dunia.
Dalam tinjaun itu, pihak responden tidak diberikan sebarang spesifikasi dalam terma seksi dan memberikan kebebasan kepada responden dalam mentafsirkan terma seksi.
Malaysia mendahului Amerika (ke-45), German (ke-44), Sweden (ke-38), Thailand (ke-36), Rusia (ke-33), China (ke-31) dan Iran (ke-26).
Mendahului carta adalah Ukraine, diikuti dengan Denmark (ke-2), Filipina (ke-3), Brazil (ke-4), Australia (ke-5), Afrika Selatan (ke-6), Itali (ke-7), Armenian (ke-8), English (ke-9) dan Kanada (ke-10).
Dalam tinjauan terbabit turut menyifatkan rakyat Ukraine mempunyai penampilan yang menarik menyebabkan mereka mudah untuk mendahului carta untuk undian 2019.
Masyarakat Denmark pula dikatakan mempunyai kecantikan yang lebih daripada satu aspek. Manakala negara yang paling tidak seksi ialah di Ireland.
Bak kata Mulan Jameela,
“kamulah makhluk Tuhan yang tercipta yang paling seksi”.
Sumber: The Star Online
Trending now



