Oksana mahu timang anak lagi

Isteri Sultan Kelantan Tidak Menolak Jika Menimang Cahaya Mata Lagi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perkhabaran mengenai perkahwinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bersama bekas Ratu Cantik Rusia, Oksana Voevodina tidak menjadi rahsia lagi.

Oksana sendiri telah mendedahkan beberapa foto mengenai perkahwinan beliau dan terbaru telah menimang cahaya mata sulungnya pada 21 Mei lalu di laman Instagram miliknya.

BACA: Bayi Lelaki Hadiah Syawal Daripada Oksana Untuk Sultan Kelantan

Menerusi hantaran terbarunya di laman Instagram, beliau kini sedang melalui fasa seorang ibu yang sibuk membesarkan cahaya mata sulungnya yang diberi nama Tengku Ismail Leon.

Beliau tidak menolak rezeki jika diberi peluang menambah cahaya mata lagi selepas ini.

Oksana mahu timang anak lagi

“Masa inilah detik yang paling bermakna di dalam kehidupan seorang wanita. Yang paling penting, saya tidak takut lagi untuk menjadi seorang ibu.

“Jika saya dikurniakan lebih cahaya mata oleh Allah, saya akan menerima kurniaan itu dengan segala kesyukuran,” tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram.

Sementara itu, Oksana turut menceritakan mengenai perkembangan anaknya yang mengalami penurunan berat badan yang mendadak akibat penyakit kuning.

https://www.instagram.com/p/BzLY5uqiCmZ/?utm_source=ig_web_copy_link

Namun semuanya kembali pulih seperti sedia kala selepas beberapa minggu.

“Berat badan Leon jatuh amat teruk dalam minggu-minggu pertamanya. Dan dia juga menghidap penyakit kuning. Saya fikir ia dilahirkan dengan kulit kuning. Alhamdullilah, berat badannya berjaya bertambah dan dia pulih dari penyakitnya selepas sebulan.

“Sekarang dia mampu minum sebotol susu setiap 2 hingga 3 jam, dan dia tidur dengan nyenyak, terutamanya apabila cuaca diluar tenang dan dalam pelukan ibunya,” jelasnya.

Oksana turut meluahkan ia adalah tanggungjawab yang besar buatnya sebagai ibu untuk mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang sehingga dewasa.