FedEx saman Amerika Syarikat

Polisi Mengarut Perang Dagang Bawa Padah, FedEx Bakal Saman Kerajaan Amerika

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Gara-gara polisi mengarut berkenaan dengan perang perdagangan yang diperkenalkan kerajaan Amerika Syarikat, syarikat yang menawarkan khidmat penghantaran barang, FedEx akan memfailkan saman kepada kerajaan itu.

BACA: Tiada Lagi Akses Android Dan Google Dengan Huawei

Tindakan saman ini diambil selepas FedEx menerima kecaman dan menjadi mangsa kemarahan rakyat China apabila satu bungkusan yang mengandungi telefon bimbit jenis Huawei P30 Pro yang dihantar kepada penerima di Amerika Syarikat dikembalikan kepada pengirimnya, PCMag di United Kingdom.

FedEx saman Amerika Syarikat 1

Walaupun sudah melakukan permohonan maaf secara terbuka, FedEx masih bimbang kerana bakal disenarai hitam oleh China, FedEx mendakwa ianya berlaku akibat daripada kesilapan operasi yang membawa kepada penurunan saham syarikat tersebut sebanyak 2.7% semalam.

Sekatan Amerika Syarikat terhadap beberapa syarikat China telah menyebabkan kesusahan kepada syarikat Amerika kerana telah menjejaskan pendapatan ekonomi mereka. Antara syarikat yang terkena tempias terbesar ialah Google, Intel dan Qualcomm.

FedEx mendakwa adalah tidak munasabah untuk mereka memeriksa satu per satu daripada jumlah jutaan bungkusan yang masuk ke Amerika pada setiap hari, kerana ianya bukan sahaja membabitkan masalah ekonomi dan logistik tetapi juga perundangan.

Sumber: Reuters