Bahaya Dedah Gajet Pada Kanak Kanak

Bahana Gajet, Kanak-Kanak 2 Tahun Ini Menderita ‘Power’ Mencecah 900

Sekarang ini semuanya gajet. Walaupun sudah beberapa kali diberitahu mengenai bahayanya pendedahan gajet tanpa kawalan pada kanak-kanak, masih ramai ibu bapa yang tidak mengendahkannya.

Dengan alasan mahu mempunyai masa sendiri atau bekerja tanpa diganggu anak, tanpa sedar tabiat buruk ibu bapa ini memberikan kesan negatif kepada mereka.

BACA: Bahaya Dedah Skrin Elektronik Pada Kanak-Kanak Bawah Usia 5 Tahun

Deria penglihatan seorang kanak-kanak di China hampir rosak disebabkan kecuaian ibu bapanya yang membiarkannya menggunakan gajet melebihi masa yang sepatutnya.

Xiao Man mula menonton rancangan di gajet seawal usia setahun. Dek kerana itu adalah satu-satunya cara untuk mendiamkan beliau daripada membuat perangai, ibu bapanya mengambil jalan mudah – membiarkan Xiao Man menggunakan gajet dalam masa yang lama.

Dalam tempoh masa tertentu, ibu bapa Xiao Man mendapati Xiao Man selalu mengerutkan dahi, mengecilkan dan menggosok matanya apabila menonton. Pada mulanya menyangka ianya hanya tabiat buruk Xiao Man, namun setelah beberapa ketika mereka bercadang untuk ke klinik.

Bahaya Dedah Gajet Pada Kanak Kanak
Sumber: Young Parents

Hasil daripada pemeriksaan mendapati Xiao Man yang pada ketika itu berusia dua tahun didiagnosis mempunyai tahap rabun jauh yang teruk, dengan power hampir 900.

Walaupun sudah banyak kajian yang menghalang ibu bapa mendedahkan anak-anak dengan gajet kerana lebih banyak kesan buruk daripada baiknya, ianya masih lagi tidak diendahkan.

Jangan nanti bila sudah terhantuk baru mahu terngadah, ibu bapa.

Sumber: Asia One