bapa bungkus anak dalam plastik

Pengorbanan Ibu Bapa Bungkus Anak Dalam Plastik Redah Banjir Ke Sekolah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sudah tentu setiap ibu bapa menginginkan masa depan yang cerah bagi anak masing-masing. Oleh itu, pendidikan merupakan aspek utama diberikan penekanan dalam usaha membentuk anak supaya menjadi individu yang berjaya dalam hidup.

Maka, tidak hairanlah ibu bapa sanggup berkorban apa cara sekalipun demi memastikan anaknya mendapat pendidikan terbaik.

Bagaimanakah anda pergi ke sekolah? Jika anda merasakan kesukaran untuk ke sekolah, anda perlu lihat apa yang terjadi di Vietnam ini.

bapa bungkus anak dalam plastik
Sumber: PhilNews

Menurut portal di negara sana, demi memastikan anaknya pergi ke sekolah, ibu bapa mereka terpaksa membungkus anaknya dalam plastik besar setiap hari dan akan berenang menyeberang sungai selebar 20 meter.

Kemudian kanak-kanak tersebut terpaksa berjalan sejauh 15km untuk ke sekolah.

bapa bungkus anak dalam plastik
Sumber: PhilNews
bapa bungkus anak dalam plastik
Sumber: Zing

Kejadian seperti ini adalah perkara biasa yang berlaku di perkampungan Huoi Ha apabila tiba musim tengkujuh. Ketika musim panas, ada sebatang jambatan kayu yang dibina unutk memudahkan orang ramai melintasi sungai berkenaan.

Namun apabila tiba musim tengkujuh (Jun hingga Oktober), paras air mula meningkat dan air sungai akan mengalir lebih deras menyebabkan jambatan di sana tidak kukuh.

Ini menyebabkan mereka perlu bergerak menggunakan rakit atau ibu bapa akan mengupah seorang lelaki bagi membantu anak-anak mereka menyeberangi sungai untuk ke sekolah tanpa merosakkan pakaian mereka.

Melihat kepayahan mereka, kita perlu bersyukur diberi kemudahan untuk menuntut ilmu. Kami berharap selepas tular foto-foto tersebut, pihak berkuasa di sana akan mencari jalan penyelesaian demi membantu anak-anak itu ke sekolah dengan selamat.

Sumber: Zing, PhilNews