
“Saya Bukan Lembu,” Masyarakat Kena Tahu Tarik Tongkat Orang Buta Adalah Cara Yang Salah!
Menyantuni orang kurang upaya ada adab dan caranya yang tersendiri. Ramai dalam kalangan masyarakat yang ingin membantu mereka, namun kerana kurangnya pengetahuan mengenai cara yang betul, golongan kurang upaya ini terasa seperti ‘dihina’.
Contohnya, membantu mereka yang mempunyai masalah dalam penglihatan atau pun buta. Sering menggunakan pengangkutan awam kerana lebih mudah untuk mereka bergerak, ramai daripada kita ingin membantu mereka, contohnya membimbing ke laluan perjalanan yang betul.
Tapi tahukah anda, perbuatan seperti menarik tongkat mereka lebih membahayakan golongan ini? Terutamanya jika dilakukan secara tiba-tiba.
Salah seorang daripada golongan ini, iaitu Mohd Rosli Ibrahim tampil menyuarakan apa yang selalu mereka rasai semasa menerima bantuan orang ramai.
“Tak perlu tarik. Saya bukan lembu.”
Memegang tongkat orang buta bagi masyarakat adalah perkara yang benar sedangkan ianya adalah perbuatan hodoh bagi si buta. Adegan ‘turun-temurun’ dalam masyarakat ini turut disindir oleh P. Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.
Media juga berperanan dalam menyebarkan salah faham ini.
Masyarakat masih dalam suasana buta huruf. Ilmu boleh dicari di internet, tetapi masih tidak mempedulikannya.
Tidak salah jika anda mahu membantu. Namun ada baiknya bertanyakan dahulu kepada mereka, cara apa yang sesuai, selamat dan diselesai berbanding anda terjah sahaja membantu.
Tak pasti cara yang benar untuk membantu, jom tonton video yang kami senaraikan di bawah:
1. Bagaimana membimbing orang buta
2. Bagaimana cara yang betul bertanya untuk membantu kepada orang buta
3. Tip membantu orang buta
https://www.youtube.com/watch?v=BdKSuExCj2U
Jadi masyarakat, tak salah kan tambah ilmu kita untuk membantu dengan cara yang betul?
Sumber: Mohd Rosli Ibrahim
Trending now



