Filipina negara pertama 5G

Filipina Negara Asean Pertama Komersial Jaringan 5G

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Globe Telecom, salah satu operator telekomunikasi terbesar Filipina bakal melancarkan teknologi mudah alih generasi kelima atau 5G pada bulan hadapan dan menjadi negara pertama komersialkan jaringan tersebut.

“Kami mengambil langkah penting dalam memenuhi matlamat kami untuk menghubungkan lebih banyak isi rumah dengan internet,”

“Apa maknanya bagi kami? Ia tentang kebebasan untuk menikmati internet yang jauh lebih pantas daripada apa yang telah nikmati sebelum ini. Teknologi ini akan membuka kemungkinan dengan dunia baharu.” kata Ernest Cu, presiden Globe.

Filipina negara pertama 5G

Menerusi kenyataan Globe, mereka tidak menyatakan syarikat mana yang dipilih untuk jaringan 5G. Sebelum ini, jurucakap Huawei Technologies Co. Ltd di Filipina berkata Globe dan saingan PLDT Inc kedua-duanya komited untuk meneruskan inisiatif 5G dengan syarikat teknologi Cina.

Manakala Malaysia dijangkakan menggunakan jaringan 5G secara komersial menjelang 2021 atau 2022.

Untuk mengetahui apakah manfaat yang kita dapat apabila menggunakan jaringan 5G, boleh ke sini.

Sumber: FMT