Berita palsu Internet 1

Pengguna Facebook Paling Banyak Ditipu Berita Palsu

Dunia serba maju dan berteknologi kini semakin memudahkan kita mendapatkan berita tanpa perlu mencari. Hanya buka sahaja laman media sosial, ikut laman berita dan laman tular, dapatlah anda berita mengenai negara atau pun dunia.

Kajian global membuktikan bahawa hampir 86% pengguna internet telah ditipu dengan penyebaran berita palsu, yang mana kebanyakannya disebarkan melalui laman Facebook.

Peningkatan penyebaran berita palsu di internet menyebabkan kesan negatif kepada sektor ekonomi dan politik, tetapi juga kepada perilaku sosial. Antara negara yang paling banyak menerima berita palsu ialah Amerika Syarikat, diikuti Rusia dan China.

Berita palsu Internet

Berdasarkan kenyataan daripada responden seramai 25,000 orang di 25 buah negara, ramai yang memberitahu mereka mahu kerajaan dan syarikat sosial media untuk membasmi kegiatan ini.

Bukan sahaja di Facebook, laman Youtube, blog dan Twitter turut menjadi pusat penyebaran berita palsu. Hasil menunjukkan antara responden yang mudah tertipu adalah di Mesir, manakala responden dari Pakistan merupakan yang paling mempunyai rasa ragu-ragu.

Dengan adanya media sosial, tahap kebimbangan terhadap aspek privasi dan keselamatan pengguna semakin meningkat. Kajian melalui pungutan suara yang dijalankan antara 21 Disember 2018 hingga 10 Februari 2019 oleh Pusat Inovasi Antarabangsa Tadbir Urus (CIGI) menyasarkan temu bual secara individu di atas talian.

Hasil daripada kajian ini membuktikan bahawa internet merupakan platform yang masih rapuh dengan berlakunya peningkatan keraguan pengguna terhadap media sosial serta pengaruh (kuasa) syarikat media sosial dalam mempengaruhi kehidupan seharian manusia.

Sumber: The Milli Chronicle

Nak tiket tayangan perdana secara percuma? Tonton video di bawah.

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.