Endgame kembali tayang

‘Avengers: Endgame’ Akan Kembali Ke Pawagam Dengan Babak Tambahan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem Marvel Studios iaitu Avengers: Endgame yang telah ditayangkan di seluruh dunia pada penghujung April lalu. Penangan filem ini sehingga berjaya mengatasi rekod filem arahan James Cameron, Titanic.

Walaupun Avengers: Endgame setakat ini telah berjaya mengumpul $2.743 bilion dolar, namun masih belum mampu untuk mengatasi filem Avatar yang mempunyai kutipan sebanyak $2.788 bilion iaitu kurang $45 juta dolar.

Endgame kembali tayang
Sumber: Business Insider

Mungkin Marvel Studios mempunyai strategi tersendiri apabila presidennya, Kevin Feige mengumumkan filem itu akan ditayangkan semula di pawagam pada minggu hadapan, seminggu sebelum tayangan filem Spider-Man: Far From Home yang akan ditayangkan pada 3 Julai 2019.

Menurut Kevin Feige, versi baharu ini akan memfokuskan tentang strategi pemasaran dengan adanya beberapa deleted scene, tribute dan kejutan yang menanti penonton di penghujung tayangan.

Not an extended cut, but there will be a version going into theaters with a bit of a marketing push with a few new things at the end of the movie. If you stay and watch the movie, after the credits, there’ll be a deleted scene, a little tribute, and a few surprises. Which will be next weekend.

Tayangan filem Endgame dengan tambahan baharu ini bakal berada di pawagam pada 28 Jun. Setakat ini tidak dipastikan sama ada versi baharu ini akan ditayangkan seluruh dunia atau tidak.

Namun, dilihat pihak GSC Cinemas telah memuat naik satu hantaran di Twitter rasmi mereka dengan disertakan poster Avengers: Endgame. Begitu juga dengan TGV Cinemas yang memberi gambaran tentang filem versi baharu ini di laman Facebook mereka.

https://www.facebook.com/TGVCinemas/posts/2731183490243371?__xts__%5B0%5D=68.ARABxNcJ6NKAX3PtzkyOMurL–jfEPRn2F9WsZhpP4GbynyNK9oeSGV_o4Jman_3LJHQeU9wgj-cP7TVxkfe4fMZFmakFYN7h1IXXr0vAD6T76UGHzOInef7-aweVIUuCr_IcchGP3_X98O-lYlFZx1mHSH5mZ0IpM6nQkOx_kN9pADcWNOK-hmtdHzB_4ty7wsl9RNDSaCWjuCbfUvA7-4B2eXvu069qEW_XFu5J_nVMC_VCVDdvoyLW_QLhG6zQMehjeCKsiPtmurKLNmb3j4CVOTEcVKbDzqQA1hPIeN0L95RaymOFGMr33csFP-440f8ceUO14kEauXveCWHfaiLBkXw2kOiT2-hGoqsScdQjKRkNCANYfj4OYz5NirczFbmalQmsMz0KZsvzpd0M_xu14tUESXFdw75Ie4y9r-LUogtC0Mr5DvwkZK-dpOBG6_QL9Hv7o80NcMyjZuKFtj5F96LOrntsT5buF7yZRl0zZ-aILRUQw&__tn__=-R

Jika ditayangkan di Malaysia, adakah anda akan kembali menonton filem ini sekali lagi hanya untuk mengetahui post-credit sahaja?

Sumber: Screen Rant