Perang Dagang Huawei

Perang Dagang Huawei, Kini Giliran Intel Dan Qualcomm ‘Lobi’ Kerajaan AS

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan Huawei dilihat seperti tidak akan berakhir dalam masa terdekat. Baru-baru ini syarikat pembekal cip Huawei termasuklah Qualcomm dan Intel dilaporkan telah melobi kerajaan Amerika Syarikat secara senyap supaya meringankan beban perang perdagangan terhadap Huawei.

BACA: Tiada Lagi Akses Android Dan Google Dengan Huawei

Perang perdagangan yang dilancarkan kerajaan Amerika Syarikat ini telah menghalang pembekal Amerika Syarikat menjual barangan mereka kepada Huawei disebabkan isu ‘keselamatan’ yang ditimbulkan kerajaan.

Pengeluar cip mendakwa produk yang dijual kepada Huawei seperti telefon pintar dan pelayar komputer adalah sama seperti ditawarkan kepada pengeluar lain dan ianya tidak melibatkan kesan sekuriti seperti penawaran rangkaian 5G dan sebagainya.

Perang Dagang Huawei 1

Huawei bagaimanapun memberitahu mereka tiada saluran untuk bersuara telah menghantar surat kepada Jabatan Perdagangan berkenaan hal tersebut. Namun sepertinya ‘tiada siapa yang mendengar’.

Halangan menjalankan perdagangan bersama Huawei sebenarnya memberikan kesan yang lebih besar kepada syarikat Amerika Syarikat. Ini kerana jika dilihat pada jumlah pembelian komponen pada tahun 2018, daripada syarikat Amerika Syarikat seperti Intel, Qualcomm dan Micron sahaja berjumlah hampir USD11 bilion.

Susulan daripada perang perdagangan yang dilancarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat, Huawei kini telah melancarkan sendiri sistem operasi mereka iaitu, Hongmeng OS atau Ark OS dan dilaporkan kelajuannya adalah 60% lebih laju daripada Android setelah diuji oleh Xiaomi, Oppo, Vivo dan Tencent.

Sumber: Reuters