Invincible Dragon

Tonton Trailer Rasmi ‘Invincible Dragon’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kali ini Lotus Five Star berkongsi trailer rasmi filem Invincible Dragon arahan Fruit Chan. Filem ini mengisahkan ejen penyamar untuk membantu polis menyelesaikan kes-kes misteri sehingga membuatkan dia menjadi terkenal.

Bagaimanapun, kehidupan yang dialaminya itu mengheretnya kepada masalah yang tidak berkesudahan. Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Max Zhang yang pernah membintangi filem Ip Man 3, bekas juara UFC Anderson Silva, Kevin Cheng, Annie Liu dan Stephy Tang.

Invincible Dragon

Filem Invincible Dragon akan berada di pawagam pada 20 Jun 2019. Sebelum itu, tonton trailer rasmi filem ini.