belanja kad kredit bos

Balas Dendam Dipecat, Wanita Ini Belanja Guna Kad Kredit Bekas Majikan

Apa yang anda lakukan apabila dipecat? Untuk menghilangkan rasa sedih dipecat pun, sekurang-kurangnya makan pada kadar yang luar biasa, kan?

Namun, berbeza pula dengan seorang wanita dari Bangkok ini yang dipecat dari syarikat membalas dendan dengan mencuri kad kredit milik bekas majikannya.

Thamolwan Konthong, 32, menggunakan kad kredit itu anggaran sebanyak RM 799,848 dengan berbelanja mewah selama setahun akhirnya telah ditahan polis di rumahnya pada Isnin lalu.

belanja kad kredit bos
Sumber: Love Pattaya News

Wanita ini ditahan selepas syarikat itu memfailkan aduan dengan Economic Crime Suppression Division Thailand dan melaporkan bahawa kad kredit syarikat telah dicuri.

Pemilik syarikat itu hanya menyedari kehilangan kad kredit pada awal Mei sejak kad itu hilang pada penghujung tahun 2017. Pada masa itu, akauntan syarikat menganggap bos mereka menggunakan kad itu.

Senarai yang dibelanjakan wanita itu menggunakan kad kredit tersebut mendedahkan dia melawat kedai emas di Samut Prakan lebih 50 kali, membelanja sebanyak RM13,330 hingga RM26,661 pada satu masa untuk perhiasan dan bar emas.

Thamolwan juga menggunakan kad kredit itu untuk penginapan di hotel mewah, perjalanan kelas pertama sama ada penerbangan domestik dan antarabangsa, membeli beberapa telefon pintar yang mahal, gajet, beberapa beg dan pakaian berjenama.

Polis mengatakan wanita itu mengaku mencuri kad kredit itu kerana berasa marah setelah dipecat dan kemudian menggunakannya untuk menjalani kehidupan yang mewah.

Sumber: The Star