Skuad Hoki Wanita Negara Olimpik 1

Impian Skuad Hoki Wanita Negara Ke Olimpik Terpaksa Ditangguh Lagi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Impian skuad hoki wanita negara untuk bertarung di Sukan Olimpik 2020 sekali lagi berkecai apabila tewas kepada Korea Selatan dengan mata 3-0 di peringkat separuh akhir Pusingan Akhir Siri FIH di Ireland.

Perlawanan yang berlangsung malam tadi sudah diduga kekalahannya menyebabkan pasukan bimbingan Muhamad Dharma Raj Abdullah itu gagal meraih 2 slot untuk melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan Sukan Olimpik pada Oktober dan November ini.

Skuad Hoki Wanita Negara Olimpik

Susulan itu, skuad hoki wanita Malaysia akan bertarung dengan pasukan dari Republk Czech yang kalah semasa bertarung di separuh akhir dengan Ireland dengan mata 4-0 bagi menentukan tempat ke-3, manakala tuan rumah Ireland akan menentang Korea Selatan di pentas final hari ini.

Sumber: FMT

Sebut je One Piece semua tahu.

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.