Helang-Pipit TMJ Kurta Mawi 7

Isu ‘Helang-Pipit’ TMJ, Kurta Mawi Turut Terkena Tempias?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kecoh di media sosial mengenai kontrovesi ‘helang-pipit’ yang diperkatakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Sultan Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagramnya. Menurut hantaran di story itu, TMJ memberitahu bahawa helang dan pipit tidak akan terbang pada ketinggian yang sama.

Ramai yang poercaya bahawa pepatah ini seakan menjadi kiasan kepada rakyat marhaen (orang kebanyakan) bahawa ketinggian darjat darah bangsawan adalah berbeza dengan mereka. Pada hantaran tersebut, TMJ bertitah bahawa pemakaian baju Melayu teluk belanga adalah merupakan tradisi keluarga diraja Johor.

Helang-Pipit TMJ Kurta Mawi

Pakaian baju Melayu teluk belanga bersama seluar hitam dikatakan menjadi identiti raja yang memerintah dan berdarah sultan iaitu keluarga serta kerabat Sultan Ibrahim. Mengulas mengenai kritikan yang diterima, baginda bertitah bahawa baginda cuma menyampaikan nasihat almarhum datuknya, Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Tidak lepas daripada terkena tempias isu ini ialah penyanyi, Mawi yang menjalankan perniagaan kurta. Menjelaskan salah faham itu, Mawi memberitahu baju yang dijualnya bukanlah baju Melayu teluk belanga seperti yang dijelaskan TMJ, sebaliknya hanya kurta stail Melayu Johor.

Helang-Pipit TMJ Kurta Mawi 3

Turut memberitahu bahawa pakaian itu sudah menjadi ‘pakaian tradisinya’ sejak kecil, Mawi menjelaskan dari jarak jauh kurta miliknya memang akan terlihat sama namun hakikatnya ianya cuma berleher bulat, berbeza dengan baju Melayu teluk belanga yang disulam di bahagian kolar.

“Yang kurta saya jual itu round neck biasa sahaja, lagi pun saya tak jual satu set dengan seluar hitam.” – Mawi

Enggan mengulas lanjut isu itu, Mawi turut menyatakan untuk perancangan masa hadapan beliau tidak terfikir apa-apa lagi sekiranya baju yang beliau jual itu tidak boleh dipadankan dengan seluar hitam.

Helang-Pipit TMJ Kurta Mawi 2

Isu ‘burung helang dan burung pipit terbang tak sama tinggi ini’ tercetus apabila seorang lelaki yang hadir ke rumah terbuka Istana Johor diarahkan untuk menanggalkan samping sebelum dibenarkan untuk menyertai majlis.

Sumber: MStar

Siapa kata buat permainan video mudah?

BALIK TABIR : Permainan Video

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.