Haziq Aziz

Haziq Aziz Kecewa Menteri Kabinet Tidak Mengaku Terlibat Dalam Video Intim

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sesudah melakukan pengakuan bahawa beliau terlibat dalam video intim yang dikatakan salah seorang daripadanya seiras dengan menteri kabinet Malaysia, Haziq Aziz kini sekali lagi tampil melakukan kenyataan di laman Facebooknya.

Hantaran tersebut dibuat setelah menteri kabinet yang terlibat menafikan dan mengatakan kaitan yang dibuat adalah salah satu usaha untuk mencemarkan reputasi serta keperibadian beliau selain daripada mahu memusnahkan kerjaya politiknya.

Video Intim Menteri Kabinet, Haziq Aziz Mengaku

Dalam kenyataan Haziq, beliau meluahkan rasa kecewanya terhadap menteri terbabit kerana telah memaksanya untuk menafikan keterlibatan menteri berkenaan dan memintanya untuk berbohong. Kurangnya saksi untuk menyokong pengakuan beliau turut menjadikan beliau mempersoalkan keikhlasan kerajaan sekarang dalam mengejar reformasi.

Haziq turut mendakwa, menteri berkenaan telah mengahantar wakil untuk bertemunya bagi membincangkan perkara ini setelah beliau meminta untuk bertemu. Turut mendakwa wakil menteri itu mengancam beliau bahawa ‘perkara ini’ akan tetap dihentikan dalam masa 48 jam walaupun tanpa bantuan beliau.

https://www.facebook.com/haziqabdullahbinabdulaziz/posts/140181107092660

Meluahkan kekecewaannya, Haziq berkata menteri yang beliau pandang tinggi itu lebih memilih untuk menafikan kesalahannya berbanding mengakui selain mendedahkan bahawa pertama kali mereka bertemu adalah di Grand Continental Kuching 3 tahun lepas.

Siapa kata buat permainan video mudah?

BALIK TABIR : Permainan Video

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.