Video Intim Menteri Kabinet, Haziq Aziz Mengaku

Analisis Bahasa Tubuh Video Pengakuan Haziq Aziz, Baca Penelitian Lelaki Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dua hari lepas, video intim dua orang lelaki yang dikatakan milik seorang menteri kabinet telah tular disebarkan di aplikasi WhatsApp. Semalam, Haziq Aziz, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama telah melakukan pengakuan bahawa lelaki di dalam video yang tersebar itu adalah beliau bersama seorang menteri kabinet.

BACA: Haziq Aziz Mengaku Beliau Lelaki Dalam Video Intim Di Ranjang Bersama Menteri Kabinet

Berikutan dengan itu, Muhammad bin Kamarulazizi, strategis daripada Matasura Services telah melakukan analisis terhadap gerak badan Haziq Aziz di dalam video pengakuannya yang dimuat turun di laman Facebook milik beliau semalam.

Bahasa Tubuh Haziq Aziz 1
Sumber: Bimba

Untuk pengetahuan anda, gerak tubuh atau bahasa tubuh merupakan komunikasi pesan tanpa kata-kata (non-verbal) sebagai pertukaran kepada fikiran dan gagasan yang mana ianya disampaikan menerusi isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, artifak (lambang), suara, postur dan gerakan tubuh.

https://www.facebook.com/haziqabdullahbinabdulaziz/videos/139950430449061/

Jom kita lihat pandangan Muhammad setelah menganalisis mengenai bahasa badan Haziq Aziz semasa melakukan pengakuan. Kata beliau, bahasa tubuh Haziq dapat dibaca melalui micro expression bermula saat ke-34:

Bahasa Tubuh Haziq Aziz

Pakar bahasa tubuh, Traci Brown pernah berkata, bahasa tubuh seseorang boleh menunjukkan kemungkinan seseorang individu tersebut berbohong. Kemampuan untuk berbohong memerlukan banyak tenaga dan kemampuan mental, namun ianya mampu dibaca daripada bahasa tubuh.

Namun, analisis ini hanyalah pengamatan peribadi Muhammad yang tidak berpihak pada mana-mana individu atau kumpulan. Anda rasa Haziq Aziz ini di pihak mana? Benar? Atau bohong?

Sumber: Mata Sura

 

 

Siapa kata buat permainan video mudah?

BALIK TABIR : Permainan Video

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.