Paul Pogba Islam

‘Menjadi Seorang Muslim Membawa Erti Dalam Hidup Saya’ – Paul Pogba

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Paul Pogba, namanya tidak asing dalam kalangan peminat bola sepak. Baru-baru ini, bintang Manchester United berkongsi kisah bagaimana hatinya terbuka kembali kepada Islam.

Dalam satu temu ramah yang disiarkan secara fail media digital oleh The Times, pemain tengah skuad yang terkenal dengan julukan The Red Devils itu mendedahkan dia mempersoalkan banyak perkara sebelum akhirnya memilih untuk kembali mengamalkan ajaran Islam.

Sebelum ini, Pogba tidak dibesarkan dengan ajaran Islam biarpun ibunya beragama Islam. Dia mengakui merasa hilang arah kerana dibelenggu beberapa masalah sejak belakangan ini, dan menemui ketenangan selepas kembali kepada Islam.

“Menjadi seorang Muslim membawa semua erti dalam hidup saya. Ia membuat saya lebih bersyukur.

“Ia menyedarkan saya tentang banyak perkara dan menenangkan saya,” kata Pogba.

Paul Pogba Islam
Sumber: Suara

Menurutnya lagi, ketika mengalami tempoh sukar dalam hidupnya beberapa tahun lalu, Pogba telah mengikut rakan-rakannya bersolat dan mula menunaikan kewajipannya sebagai Muslim secara perlahan-lahan.

Ramadan lalu, Pogba ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah. Walaupun ia bukan kunjungan pertama, pemain tengah itu menyifatkan ia membawa perubahan besar dalam dirinya.

https://www.instagram.com/p/BxgDAIgFJ5W/?utm_source=ig_embed

“Saya mula melakukan penyelidikan sendiri. Saya berdoa bersama rakan-rakan lain dan saya merasakan perbezaan yang positif.

“Sejak itu saya terus lakukannya. Anda kena solat lima kali sehari, itulah tiang agama Islam.

“Islam membuka fikiran saya mengenai kehidupan akhirat. Ia buat saya jadi manusia yang lebih baik,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani