
Haziq Aziz Mengaku Beliau Lelaki Dalam Video Intim Di Ranjang Bersama Menteri Kabinet
Semalam, tular di WhatsApp group mengenai penyebaran gambar dan video intim membabitkan dua lelaki yang salah seorangnya dikatakan seiras dengan menteri kabinet kepada beberapa wartawan dan anggota parti politik.
Melalui laman Malaysiakini, beberapa orang wartawan mereka dijemput menyertai dua buah kumpulan WhatsApp yang dinamakan sebagai ‘Jemputan Hari Raya ###’ yang berkongsi mengenai video terbabit.
Walaupun kesahihan video tersebut masih belum disahkan, hari ini Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Abdullah Abdul Aziz telah melakukan pengakuan bersumpah bahawa lelaki di dalam video berkenaan adalah dirinya dan salah seorang menteri kabinet.
Haziq mendakwa aksi tersebut dirakam tanpa kebenarannya diambil di dalam bilik hotel menteri berkenaan, Hotel Four Points semasa pilihanraya kecil Sandakan pada 11 Mei 2019, namun tidak mendedahkan identiti individu yang merakamkannya.
https://www.facebook.com/haziqabdullahbinabdulaziz/videos/139950430449061/
Beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat menteri kabinet itu kerana melakukan rasuah dan menyatakan menteri berkenaan tidak layak menjadi pemimpin.
Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tun M memberitahu media bahawa beliau tidak tahu menahu berkenaan dengan penyebaran video intim tersebut dan menyatakan ‘kesediaannya’ untuk menonton sekiranya ada.
Sumber: Malaysia Kini
Shadows Die Twice.
SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
Trending now



