
Brian McFadden Tetamu Istimewa Konsert Terakhir Boyzone Di Malaysia
Bakal mengadakan konsert terakhir pada 14 Jun ini di Stadium Malawati Shah Alam, Wowstar Creative Entertaiment yang menganjurkan konsert Boyzone ‘Thank You and Goodnight Farewell’ mengumumkan akan menjemput Brian McFadden sebagai tetamu istimewa acara tersebut.
BACA: The Farewell Tour, Konsert Terakhir Boyzone Di Malaysia Jun Ini
McFadden yang juga bekas ahli kumpulan Westlife dan penulis lagu memulakan kariernya sebagai ahli Westlife yang ditubuhkan pada 1998 dan melancarkan album studio pertama mereka pada tahun 1999 bertajuk ‘Westlife’.
Kemudian, beliau meninggalkan Westlife untuk memulakan kerjaya solo dan mengeluarkan single terbaharu, ‘Real To Me’ dalam album solo debutnya, ‘Irish Son’. Pada tahun 2016, McFadden menjalankan kerjasama dengan ahli Boyzone, Keith Duffy membentuk kumpulan Boyzlife dan mengadakan jelajah dunia bagi mempersembahkan lagu-lagu popular mereka.
Antara lagu-lagu hit yang bakal Boyzone persembahkan di konsert terakhir mereka termasuklah ‘When You Say Nothing At All’, ‘No Matter What’ dan ‘Love Me For A Reason’.
Shadows Die Twice.
SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
Trending now



