
Justin Bieber Cabar Tom Cruise Bertarung Dalam UFC
Bintang pop, Justin Bieber mencetuskan kontroversi apabila secara tiba-tiba mencabar bintang Hollywood, Tom Cruise untuk bertarung dengannya dalam kejuaraan Ultimate Fighting Championship (UFC).
Cabaran itu dibuat melalui akaun Twitter miliknya, pada awal pagi isnin.
“Saya mencabar Tom Cruise untuk bertarung dengan saya di octagon.
“Tom jika anda tidak menyahut cabaran ini, anda penakut. Siapa sanggup sahut cabaran ini?,” tulisnya.
I wanna challenge Tom Cruise to fight in the octagon. Tom if you dont take this fight your scared and you will never live it down. Who is willing to put on the fight? @danawhite ?
— Justin Bieber (@justinbieber) June 10, 2019
Dana White merupakan Presiden UFC, iaitu organisasi dunia seni bela diri campuran (MMA).
Rata-rata warga Twitter tidak bersetuju dengan idea tersebut. Ramai yang membangkitkan faktor usia yang mana Bieber berbeza 31 tahun dengan usia Cruise.
Tiada siapa yang mengetahui atas dasar apa Bieber tiba-tiba mahu bertarung dengan Cruise.

Lebih menarik, bintang UFC, Conor McGregor berkata beliau sedia menjadi penganjur perlawanan tersebut.
Kenyataan itu juga dibuat melalui akuan Twitter miliknya.
“Jika Tom Cruise berani menyehut cabaran ini, McGregor Sports and Entertainment akan menganjurkan perlawanan ini. Adakah Cruise berani untuk bertarung seperti yang dia lakukan di dalam filem? Tunggu dan lihat,” kata McGregor.
If Tom Cruise is man enough to accept this challenge,
McGregor Sports and Entertainment will host the bout.
Does Cruise have the sprouts to fight, like he does in the movies?
Stay tuned to find out! https://t.co/TxsH9KUyFg— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) June 10, 2019
Cruise setakat ini tidak memberi apa-apa maklum balas terhadap perkara berkenaan.
Apa agaknya reaksi Cruise apabila Bieber mengajaknya untuk bertarung?
Sumber: CNN
Trending now



