Tun M

Lantikan Latheefa Koya Tidak Perlu Persetujuan Jemaah Menteri – Tun M

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berita pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai lapisan masyarakat. Antaranya Bersih 2.0 yang merasakan pelantikan beliau memperlihatkan kelemahan urus tadbir kerajaan.

BACA: Latheefa Beebi Koya, Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baharu

Bersih dalam satu kenyataan mengalukan pelantikan beliau namun mempersoalkan proses pelantikannya susulan daripada pengakuan Perdana Menteri Malaysia bahawa ianya dibuat sendiri tanpa membincangkannya dengan kabinet.

Katanya lagi, perlantikan ini seakan sama dengan perlakuan Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan kuasa dalam melantik sekutunya dalam menyandang jawatan penting untuk melarikan diri daripada siasatan skandal 1MDB.

Ketua Pesuruhjaya SPRM

Bagi Tun M pula, pelantikan Latheefa Koya adalah kerana wanita itu mempunyai sikap yang sangat tegas, bercakap benar dan tidak memutar belit dengan apa yang diucapkan. Perlantikan tersebut juga tidak memerlukan persetujuan Kabinet kerana keputusan tersebut diluluskan olehnya.

Tambah beliau lagi, ianya sudah menjadi amalan biasa beliau untuk melakukan keputusan tanpa mendapatkan persetujuaan Jemaah Menteri kerana keputusan Kabinet hanya akan mengikatnya daripada bebas memilih dan mencadangkan sesiapa.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berpendapat bahawa Tun M perlu menjelaskan pelantikan tersebut supaya tiada kekeliruan berlaku kerana ianya bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan pada PRU Ke-14 lalu.

Beliau yang hanya mengetahui mengenai pelantikan tersebut daripada media merasakan ianya tidak perlu menjadi kontrovesi kerana Lateefa telah meletak jawatan selepas lantikan dibuat dan bukan lagi ahli parti tersebut.

Sumber: Astro Awani

Shadows Die Twice.

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.