Keanu Reeves

Keanu Reeves Dilabel ‘Lelaki Sunyi’ Oleh Akhbar Terkenal Malaysia Nafi Jalani Temu Bual

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kecoh di ruangan alam maya apabila wakil daripada pelakon terkenal dan meletup dengan watak John Wick menafikan bahawa bintang tersebut telah menerima temu bual daripada akhbar terkenal di Malaysia.

BACA: Baru Sehari Tayangan, John Wick Berjaya Rampas Takhta ‘Avengers: Endgame’

Menuduh bahawa akhbar tersebut iaitu Star2 telah memalsukan temu bual bersama aktor tersebut dan melabelnya sebagai ‘seorang lelaki sunyi’ sebagai respon kepada soalan mengenai makna cinta romantik terhadap beliau.

Keanu Reeves 1

“Anda maksudkan cinta romantik? Anda tahu, saya ialah seorang lelaki yang sunyi. Saya tiada siapa-siapa dalam hidup saya. Tetapi jika ianya terjadi, saya akan menghormati dan mencintai orang tersebut; dengan harapan ianya akan berlaku kepada saya.”

Bagaimanapun, kemudian didedahkan bahawa temu bual tersebut tidak berlaku dan jawapan tersebut dikumpulkan daripada beberapa temu bual lalu selain daripada soalan tersebut tidal ditanya atau pun dijawab.

Wartawan juga ahli dan bekas presiden Hollywood Foreign Press Assosiation yang bertanggungjawab menjalankan temu bual tersebut ialah, Philip Berk tetap berkeras bahawa temu bual tersebut berlaku semasa sidang akhbar filem terbaharu Keanu Reeves, John Wick: Chapter 3 – Parabellum di Four Season New York April lalu.

Sumber: CNA Lifestyle

Shadows Die Twice.

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.