Ketua Pesuruhjaya SPRM

Latheefa Beebi Koya, Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baharu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berkuatkuasa 1 Jun lalu, Latheefa Beebi Koya yang juga Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kontrak jawatan selama dua tahun.

Pelantikan itu telah diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 dengan perkenan Yang di-Pertuan Aging sebagai proses reformasi institusi kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM 1

Jawatan tersebut sebelum ini dipegang oleh Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada 18 Mei 2018 dan sepatutnya tamat pada 17 Mei 2020. Namun dengan perkenan YDPA, permohonan beliau untuk memendekkan tempoh kontrak telah diluluskan.

Latheefa merupakan Anggota Majlis pimpinan Pusat PKR yang dilahirkan di Kerala, India. Terkenal sebagai seorang peguam dan aktivis yang aktif mempertahankan hak kemanusiaan melalui Lawyers of Liberty, satu pertubuhan yang dibangunkannya pada 2011.

Pada waktu tersebut, beliau memegang jawatan sebagai penasihat sehinggalah tahun 2018 sebelum naik pangkat kepada Pengarah Eksekutif sehingga kini.

Sumber: Berita Harian

Shadows Die Twice.

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.

s