Tukar Duit Raya Di ATM 3

Tak Sempat Tukar Duit Raya? Jom Ke ATM Maybank Terpilih Berdekatan Anda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tiba sahaja akhir bulan Ramadan, bank-bank akan dipenuhi dengan mereka yang ingin menukar duit raya. Kadang-kadang, terpaksa beratur sampai ke luar bank dan menunggu selama berjam-jam.

Tapi kini sudah mudah. Tak perlu beratur panjang dan menunggu selama berjam-jam di bank. Kini, anda boleh menukar duit raya hanya di mesin ATM sahaja. Nak tahu caranya macam mana?

1. Pergi ke Maybank yang besar sedikit (cawangan terpilih). Contoh gambar di bawah ialah di ATM Maybank Setia Alam. Di sini terdapat dua buah mesin ATM yang membolehkan anda dapat duit raya baru dan masih wangi.

2. Pilih ATM yang ada signage gambar tiga orang pakai baju melayu sambil pegang duit raya (seperti gambar di bawah).

Tukar Duit Raya Di ATM

3. Semua duit di dalam mesin ATM itu ialah not RM10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amaun.

Tukar Duit Raya Di ATM 1

4. Maximum amount per transaction ialah RM300. Jadi, jika anda nak 60 keping note RM10 yang baru, kena buat dua kali proses pengeluaran.

Tukar Duit Raya Di ATM 2

5. Sampul duit raya boleh minta pada pekerja yang jaga di kaunter hadapan. Mula-mula dia akan kata dah habis. Biasalah. Lepas tu apa lagi… Cakaplah, “Saya faham dah dekat nak raya memang sampul duit raya banyak dah habis… Tapi bang, saya nak gunakan sarung angpau itu untuk…” (sambung sendirilah).

Sumber: Mohd Shukur

Kehilangan yang dirindui.

P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.