
Remaja ‘Egg Boy’ Sumbang USD70,000 Kepada Keluarga Mangsa Tragedi Di Christchurch
Seorang remaja Australia yang digelar “Egg Boy” di seluruh dunia telah memberikan sumbangan hampir 70,000 dolar AS (~ RM293,000) kepada keluarga mangsa tragedi tembakan di Christchurch.
Will Connolly, 17, diangkat sebagai wira apabila tindakan beraninya memecahkan telur di kepala seorang senator Australia, Fraser Annning tular di media sosial.
Kejadian berlaku selepas Anning membuat kenyataan menyalahkan mangsa selepas insiden tembakan rambang dilancarkan di masjid bandar tersebut.
Insiden pecah telur itu menyebabkan Anning bertindak menumbuk Connolly dan beberapa orang lain menahannya.
Kejadian itu mendorong orang awam mewujudukan halaman GoFundMe untuk mengumpul dana bagi membayar yuran guaman.
Bagaimanapun, Connolly berkata bahawa dia komited untuk menyerahkan wang yang terkumpul kepada mangsa serangan pengganas di Christchurch dan tindakan undang-undang yang dikenakan telah dilucutkan.
https://www.instagram.com/p/Bx_8_7ml5_m/?utm_source=ig_embed
“Saya memutuskan untuk menderma semua wang untuk membantu memberikan bantuan kepada mangsa tembakan… Ianya bukan milik saya.
“Kepada mangsa tragedi, saya dengan sepenuh hati berharap sumbangan ini dapat meringankan beban kepada anda.” tulis Connolly di laman Instagramnya.
Sementara itu, lelaki yang menembak mati 51 jemaah di dua masjid di Christchurch telah didakwa secara rasmi melakukan keganasan. Polis berkata, selain dakwaan melakukan keganasan, Tarrant juga berhadapan 51 tuduhan membunuh dan 40 cubaan membunuh berhubung serangan pada 15 Mac lalu.
Sumber: FMT
Trending now



