Daya Saing Malaysia 4

Daya Saing Malaysia Mendahului Jepun Dan Korea Selatan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Malaysia berjaya mengekalkan kedudukannya bagi tahun kedua di tangga ke-22 daripada 63 buah negara dengan skor 82.54% dalam Buku Tahunan Daya Saing Dunia (WCY) 2019.

Keputusan ini dikeluarkan oleh IMD World Competitiveness Centre yang berpangkalan di Lausanne, Switzerland menilai ekonomi berdasarkan kepada empat faktor input daya saing iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan prasarana dengan setiap satu merangkumi subfaktor.

Malaysia menunjukkan penambahbaikan dalam petunjuk berkaitan institusi seperti sogokan dan rasuah, ketelusan, birokrasi, keadilan, perpaduan sosial dan kewangan awam dari segi kedudukan dan nilai berbanding tahun sebelumnya.

Daya Saing Malaysia

Kesemua nilai ini meningkat lebih daripada 10%, dalam jajaran antara 10.8% dalam sektor kewangan awam kepada 31.1% dalam sogokan dan rasuah menjadikan Malaysia mendahului Belgium (ke-27), Korea Selatan (ke-28) dan Jepun (ke-30).

Manakala, New Zealand pula mendahului Malaysia pada satu anak tangga dan berada di kedudukan ke-7 dalam kalangan 14 ekonomi Asia Pasifik dan di kedudukan kedua di belakang Singapura di ASEAN.

Malaysia muncul di tempat kedua dalam kalangan 28 ekonomi dengan keluaran dalam negara kasar perkapita adalah kurang daripada USD20,000.

“Dengan membandingkan 15 ekonomi berdaya saing utama dalam carta dengan keseluruhan prestasi Malaysia, Malaysia berada di kedudukan ke-11 setanding dengan ekonomi kedua paling berdaya saing iaitu HongKong (ke-10) dan berjaya mengatasi pesaing lain seperti Kanada (ke-12), Switzerland (ke-23) dan Finland (ke-35).”

– Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darelll Leiking

Sumber: Berita Harian

Kehilangan yang dirindui.

P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.