TrueCaller Jual Data Pengguna 1

TrueCaller Nafi Jual Data Pengguna Kepada ‘Dark Web’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai pengguna telefon bimbit di dunia memuat turun aplikasi TrueCaller dengan tujuan bagi mengenal pasti identiti pemanggil.

Truecaller, syarikat ID panggilan yang menyimpan jutaan nombor telefon, alamat emel dan data-data perbankan pengguna dikatakan telah menjual maklumat tersebut kepada dark web.

Dark web merupakan salah satu laman gelap yang memerlukan perisian, tatarajah dan badan khusus untuk menembusinya. Disebabkan hal tersebut, laman ini digunakan untuk kerja-kerja haram seperti penjualan dadah, pornografi kanak-kanak dan sebagainya.

TrueCaller Jual Data Pengguna

Data pengguna TrueCaller daripada India yang membentuk 60-70% daripada 140 juta pangkalan pengguna telah dijual dengan harga sekitar €2,000 (RM9,371.86) manakala untuk data pengguna global pula boleh mencecah €25,000 (RM117,148.27).

Walaupun TrueCaller menafikan telah berlakunya pelanggaran dalam etika penyimpanan data peribadi pengguna, namun mereka mengakui bahawa mungkin ada di antara pengguna yang menggodam sistem berkenaan bagi melakukan salinan data.

“Kami tidak menjual data pengguna. Pihak kami akan menjalankan siasatan terperinci mengenai hal ini. Kami mendapati ada sesetengah akaun pengguna yang menyalahgunakan aplikasi TrueCaller. Suka untuk kami tekankan, ini bukanlah serangan kepada pangkalan data atau pun penjualan data.

Penjualan data bukanlah model perniagaan kami. Model perniagaan kami ialah melalui iklan dan langganan Premium.” – TrueCaller

Sumber: Tech Unaltered, True Caller

Siapa yang layan Sekiro?

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.