Game Of Thrones Melayu

Dengar Lagu Tema ‘Game Of Thrones’ Versi Irama Melayu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Isnin lepas, secara rasminya telah tamat siri epik Game Of Thrones (GOT) selepas 8 musim. Pengakhiran siri itu membawa pelbagai reaksi penonton tetapi jika anda peminat GOT, pastinya faham dengan pengakhiran yang dibuat sebegitu rupa.

Apa yang masih menjadi ingatan kepada para peminat selain babak dan dialog dalam GOT? Pastilah lagu tema siri itu sendiri terutama lagu pembukaannya. Jadi, kami ingin kongsikan sebuah cover lagu tema GOT versi irama Melayu hasil sentuhan pemuzik Mahakarya Studios.

Dalam cover lagu tersebut, mereka menggabungkan 3 lagu popular dalam siri fantasi itu iaitu House Greyjoy, House Stark serta lagu pembukaan GOT dan yang menariknya muzik itu ditambah unsur alunan muzik tradisional Melayu.

Game Of Thrones Melayu
Sumber: Art of The Title

Gabungan biola dan celo bersama alat muzik tradisional Melayu iaitu gambus, gendang dan seruling memberikan alunan yang yang sangat indah.

Sesiapa yang sudah mendengar lagu ini pasti meremang! Ramai netizen yang memberi komen positif dan pujian.

Thank you so much for this theme. I hope one day Malaysia will have one series like Game of Thrones but the stories are all about our pahlawan dulu-dulu and the series must be in HD please. Then you guys came in and produce the theme song. Give Malaysians other than just love stories please. I love you guys!!

GOT FANS ARE TRIGGERED! Haha..thank you kepada yang sudi menonton video ni! Looking forward for more collaborations and projects dengan team ini!”

As a fans of GoT, we bend the knee!

Mendengar hasil cover lagu ini, ada juga yang membuat permintaan untuk cover lagu tema Marvel’s Endgame dan lagu dalam permainan video Skyrim dan Witcher.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan muzik dari Mahakarya Studios MY. Nampaknya, apa-apa lagu apabila digabungkan dengan irama Melayu, memang menusuk kalbu!