
Senarai Pelakon Yang Pernah Memegang Watak Batman
Beberapa hari lepas, dunia Internet dibanjiri dengan perkhabaran seorang pelakon popular dengan filem sekuel Twilight, Robert Pattinson yang bakal memegang watak Batman.
Menurut portal hiburan Variety, Pattinson bakal melakonkan watak berkenaan dalam satu filem gubahan semula (reboot) Batman yang diarahkan oleh Matt Reeves.
Pengarah Matt Reeves telah menulis skrip filem berkenaan yang memfokuskan kepada kehidupan awal Bruce Wayne sebelum menjadi Batman.
Portal itu juga mendedahkan, Robert Pattinson telah menandatangani perjanjian untuk melakonkan watak itu dan menggantikan Ben Affleck.
Sebelum Ben Affleck, sudah beberapa pelakon yang telah memegang watak Batman ini. Batman merupakan adiwira dalam DC Comics yang dicipta oleh Bob Kane.
Batman antara salah seorang adiwira kegemaran sejak kemunculannya sehingga kini. Antara pelakon yang telah memegang Batman ini:
Ben Affleck (2016)

Beliau memegang watak Batman dalam Batman V Superman: Dawan of Justice.
Christian Bale (2005)
Melakon watak Batman dalam filem Dark Knight.
George Clooney (1997)
Clooney memainkan watak Batman dalam Batman & Robin. Bagaimanapun, filem ini mendapat pulangan paling rendah dalam siri Batman.
Val Kilmer (1995)
Pengarah Joel Schumacher melihat potensi Val Kilmer untuk memegang watak Batman dalam filem Batman Forever dan berjaya menjadi filem pecah panggung pada waktu itu.
Jadi, bagi anda pelakon manakah yang sangat menepati karakter sebagai Batman? Filem Batman yang bakal dilakonkan Pattinson dijadual akan diterbitkan pada 25 Jun 2021.
Sumber: Astro Awani, Tentaran
Seniman yang paling dirindui.
P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
Trending now



