
Baru Sehari Tayangan, John Wick Berjaya Rampas Takhta ‘Avengers: Endgame’
Setelah tiga minggu memegang tempat pertama dalam di Amerika Syarikat, filem adiwira Avengers: Endgame akhirnya tumpas di tangan Keanu Reeves apabila tempatnya digantikan dengan filem John Wick 3: Parabellum dalam carta pecah pangguh Amerika Syarikat.
Dengan kutipan mingguan terbaharu (17-19 Mei), John Wick 3: Parabellum berjaya mendahului carta dengan kutipan sebanyak USD57 juta di Amerika Syarikat dan Kanada jauh meninggalkan Avengers: Endgame dengan kutipan sebanyak USD29.4 juta.
Kutipan John Wick 3: Parabellum di hari pertama tayangan yang sudah mencecah USD57 juta membuktikan bahawa sekuel kepada filem John Wick 1 (2014) dan John Wick 2 (2017) ini sememangnya dinantikan ramai.
Manakala pada tayangan global, filem John Wick 3: Parabellum berjaya mengutip USD36 juta menjadikan jumlah kutipan secara keseluruhan pada hari pertama ialah USD93 juta.
Berikut merupakan senarai filem pada carta pecah panggung pada 17 hingga 19 Mei:
1. John Wick: Chapter Three: Parabellum – USD57 juta
2. Avengers: Endgame – USD29.4 juta
3. Pokemon Detective Pikachu – USD24.8 juta
4. A Dog’s Journey – USD8 juta
5. The Hustle -USD6.1 juta
6. The Intruder – USD4 juta
7. Long Shot – USD53.4 juta
8. The Sun Is Also a Star – USD2.6 juta
9. Poms – USD2.1 juta
10. Uglydolls – USD1.6 juta
Sesiapa yang masih belum menonton filem John Wick 3: Parabellum dan tertanya-tanya adakah filem ini menarik, bolehlah baca ulasan filemnya di sini.
Sumber: Game Spot
Seniman yang paling dirindui.
P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
Trending now



