Tiada Akses Google Huawei

Tiada Lagi Akses Android Dan Google Dengan Huawei

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ini suatu berita yang mengejutkan dalam sejarah pasaran telefon pintar yang mana Google telah menggantung perniagaan dengan Huawei serta-merta.

Hal ini menyebabkan Huawei Technologies Co.Ltd. akan kehilangan akses kepada sistem sokongan operasi Android dari Google termasuk Google Play Store, Youtube dan Gmail.

Berikutan keputusan yang dibuat, ini bermakna tiada lagi kemas kini sistem keselamatan untuk peranti lama dan baru termasuklah model P30, P30 Pro, Mate 20 Pro dan lain-lain. Huawei hanya boleh menggunakan versi sistem operasi Android yang tersedia ada melalui lesen sumber terbuka.

Tiada Akses Google Huawei
Sumber: Digital Trends

Tindakan Google berbuat demikian adalah disebabkan Amerika Syarikat telah meletak Huawei sebagai syarikat senarai hitam untuk dagangan negara mereka.

Bagaimanapun, pihak Huawei berkata mereka sudah lama bersedia dan menjangkakan perkara ini berlaku dengan mengambil langkah pembendungan sejak enam tahun yang lalu. Contohnya, mereka sudahpun berhijrah daripada SoC Snapdragon ke HiSilicon untuk memperkasa telefon keluaran mereka.

Kesan yang berlaku ini, bakal memberi impak bukan sahaja untuk penduduk China, malah kepada mereka yang menggunakan produk Huawei di seluruh dunia.

Jadi, telefon Huawei atau Honor yang anda miliki sekarang mungkin tidak lagi akan menerima kemas kini tampalan keselamatan ataupun untuk produk yang akan datang dan tidak lagi hadir dengan Google Play Store secara terpasang.

Sumber: Androidauthority, SoyaCincau