Konsert Jason Mraz

10,000 Peminat Gegarkan Konsert ‘Good Vibe Tour 2019’ Jason Mraz

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Axiata Arena digegarkan dengan sorakan lebih 10,000 orang peminat yang hadir untuk memeriahkan konsert ‘Good Vibe Tour 2019’ Jason Mraz 15 Mei lalu.

Walaupun konsert ini diadakan pada bulan Ramadan, ramai peminat yang sudah tidak sabar bertemu beliau sanggup beratur lebih awal di pekarangan Axiata Arena.

Konsert Jason Mraz

Persembahan pentas dimulakan oleh Aizat Amdan yang membawa lagu Sampai Ke Hari Tua.

Konsert Jason Mraz

Apabila Jason Mraz memunculkan diri di pentas, peminat seakan ‘naik hantu’ dengan menjerit sekuat hati mereka. Membawa 20 buah lagu, Jason Mraz membuatkan peminatnya mengimbau kembali memori ‘cintan cintun’ zaman remaja mereka, terutamanya dengan lagu I’m Yours.

Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 41 tahun ini yang pernah memenangi beberapa Anugerah Grammy ini tanpa kekok berkomunikasi dengan peminatnya dan meminta mereka untuk turut menyanyi serta menari seiring dengannya.

Malaysia merupakan salah satu daripada destinasi konsert jelajah Jason Mraz yang bermula di Amerika Utara pada musim panas lalu dan akan diteruskan di negara Asia lain seperti Manila, Singapura, Shanghai, Taipei, Bangkok dan Hong Kong.

Mempunyai peminatnya dari seluruh dunia, Jason Mraz yang sering membawa mesej cinta dalam lagu pernah mencipta fenomena pop peringkat global dengan lagu I’m Yours, Lucky, I Won’t Give Up, Make It Mine dan The Remedy apabila album pertamanya Waiting For My Rocket To Come mengungguli carta Billboard 200 di tempat ke-55.

Konsert Jason Mraz

Antara lagu yang beliau nyanyikan pada malam tersebut ialah You And I Both, Let’s See What The Night Can Do, Living In The Moment, Geek In The Pink, Details In The Fabrics, More Than Friends, Unlonely, I’m Yours, Lucky, Make It Mine, A Beautiful Mess, Be Honest, Love Is Still The Answer, 93 Million Miles, I Won’t Give Up, 3 Things, Have It All, Might As Well Dance Dan Love Someone.

Susah juga belakang tabir permainan video ini.

BALIK TABIR : Permainan Video

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.