
Avengers: Endgame Atasi Titanic, James Cameron Ucap Tahniah
Penangan filem Avengers: Endgame tidak dapat disangkal lagi walaupun sudah berlalu 2 minggu filem ini ditayangkan, masih menjadi bualan orang. Setakat dua minggu tayangan, Avengers: Endgame berjaya menenggelamkan filem Titanic sekali gus menduduki tempat kedua dalam sejarah filem pecah panggung global.
Berikutan itu, pengarah filem Titanic (1997), James Cameron mengucapkan tahniah atas kejayaan Kevin Feige dan semua yang terlibat dalam Marvel Studios di laman sosial Twitternya.
— James Cameron (@JimCameron) May 9, 2019
Setelah bertahan selama 12 tahun di kedudukan kedua filem paling laris global, akhirnya berjaya diatasi oleh filem Avengers: Endgame dengan kutipan lebih $2 bilion. Avengers: Endgame masih ditayangkan lagi buat masa ini dan jika ia berterusan meningkat, mungkin bakal mencipta sejarah mengatasi filem James Cameron paling ulung iaitu Avatar (2009).

Ucapan tahniah seperti yang dilakukan James Cameron ini pernah dibuat pengarah filem pecah panggung yang lain sebelum ini.
Ini merupakan pencapaian terbaik bagi Marvel Studios dan jika dikumpulkan 22 filemnya mencecah ratusan bilion dolar.
Berikut merupakan senarai 10 teratas filem pecah panggung.
Mungkinkah James Cameron ada strategi baharu untuk mengekalkan kedudukan filemnya dalam tiga teratas? Sama-sama kita nantikan filem akan datang arahan James Cameron.
Wow! Rumit juga ya buat permainan video.
BALIK TABIR : Permainan Video
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
Trending now



