Pelajar JPA

Pelajar Tajaan JPA Terima Pengiktirafan Tertinggi Universiti Berprestij Di AS

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Membanggakan!

Terbukti masyarakat tanah air kita bukanlah daripada golongan yang mundur dan malas apabila ada sahaja pengiktirafan yang berprestij diterima anak Malaysia.

Baru-baru ini, seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di sebuah universiti berprestij, Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.

Menerusi kenyataan JPA, pelajar berkenaan Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani, Kedah, telah dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences, di Pegula Ice Arena pada 3 Mei.

Pelajar JPA

Menariknya, beliau merupakan peajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah itu dengan skor penuh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0.

JPA berkata, wakil Pennsylvania State University telah memuji Muhamad Saiful Hakimi atas pencapaian akademiknya, serta kemahiran kepimpinan yang tinggi.

Muhamad Saiful Hakimi kini mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor in Energy Business and Finance di Pennsylvania State University.

Sumber: Astro Awani

 

Terhibur teruk! Hahaha!

When Bane Watched Avengers: Endgame

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.