tarikh tayangan fasa 4

Marvel Umum Tarikh Tayangan 8 Filem Fasa 4 Sehingga 2022

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setelah filem Avengers: Endgame ditayangkan, kita sudah mendapat gambaran apa yang akan berlaku dalam dunia Marvel Cinematic Universe (MCU) akan datang dan menerusi penutup fasa 3 iaitu pada filem Spider-Man: Far From Home bakal membawa perubahan dalam dunia MCU.

Disney telah mengumumkan tarikh tayangan untuk filem fasa keempat akan datang mereka sehingga tahun 2022, namun tajuk filemnya masih dirahsiakan oleh studio berkenaan kepada para peminat.

Ini senarai tarikh tayangan filem yang ditetapkan Marvel Studios:

  • May 1, 2020
  • November 6, 2020
  • February 12, 2021
  • May 7, 2021
  • November 5, 2021
  • February 18, 2022
  • May 6, 2022
  • July 29, 2022

Walaupun Kevin Feige cuba merahsiakan tajuk filem yang bakal ditayangkan kelak, dikhabarkan antara filem berkenaan ialah filem solo Black Widow yang mungkin akan ditayangkan pada tahun 2020, Black Panther 2 mungkin ditayangkan bulan Februari 2021 atau 2022.

tarikh tayangan fasa 4
Sumber: Cinemablend

Filem adiwira Shang-Chi juga akan ditayangkan setelah mengetahui pengarahnya namun pelakon yang memegang watak tersebut masih belum diketahui lagi. Manakala The Eternals mungkin ditayangkan pada tarikh awal yang dihebahkan Marvel Studios.

Juga filem yang bakal ada ialah Doctor Strange 2, yang mana Scott Derrickson kembali menjadi penulis skrip dan pengarah. Bagi filem Guardians of the Galaxy Vol.3, mungkin dikeluarkan tayangan pada tahun 2021.

Setakat ini, kita hanya mengetahui 6 filem yang disahkan tayangan walaupun tarikh lapan filem sudah dikeluarkan. Jadi, kita perlu tunggu 2 lagi filem yang akan diumumkan nanti. Kami jangkakan Captain Marvel mempunyai sekuel kedua dalam fasa keempat ini.

Mungkin juga akan ada sebuah filem sekumpulan adiwira seperti Avengers. Apa pun, sama-sama kita tunggu.

Sumber: GameSpot