
Peraturan Baharu Cermin Gelap, Tiada Had Ketelusan Cermin Belakang
Kerajaan telah mengumumkan peraturan baharu mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan dengan menetapkan bahawa tiada had ditetapkan bagi kadar ketelusan cahaya untuk cermin sisi penumpang belakang, termasuk cermin belakang untuk kenderaan persendirian.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengatakan peraturan baharu ini bakal dikuatkuasakan mulai 8 Mei 2019. Bagaimanapun, penguatkuasaan terhadap peraturan baharu ini hanya akan bermula tiga bulan selepas tarikh ia dikuatkuasakan.
Pindaan yang terbaharu adalah ketelusan cahaya tampak menerusi cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan boleh dikurangkan daripada 70% manakala cermin hadapan dan cermin sisi kanan dan kiri pemandu masih kekal seperti sedia ada iaitu 50%.

Kebenaran ini hanyalah untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja. Kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, kadar ketelusan cahaya tampak tidak boleh kurang dari 70%.
Bagi yang ingin menggunakan cermin yang lebih gelap dari peraturan yang dimaklumkan, boleh membuat permohonan atas sebab-sebab khusus seperti faktor keselamatan atau faktor kesihatan.
Individu yang mahu memohon penggunaan cermin gelap melebihi had ketelusan ditetapkan atas faktor keselamatan dan kesihatan akan dikenakan caj permohonan RM50, dan tambahan RM5,000 selepas diluluskan. Namun, tiada caj dikenakan jika permohonan dibuat atas alasan kesihatan.
Bagi permohonan pengecualian di atas faktor kesihatan perlu mendapatkan pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan dan akan dikecualikan daripada sebarang caj.
Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Wow! Rumit juga ya buat permainan video.
BALIK TABIR : Permainan Video
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
Trending now



