Beyblade

Beyblade Alih ‘Kegilaan’ Kanak-Kanak Terhadap Gajet

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Permainan gasing moden, beyblade pernah terkenal suatu ketika dahulu dan menjadi kegilaan bagi kanak-kanak yang lahir tahun 90-an sewaktu zaman gajet belum berkembang lagi dan bagi mereka yang berkemampuan dapat mengumpul permainan ini menjadi koleksi peribadi.

Apabila teknologi berkembang, permainan-permainan yang menjadi waktu senggang semakin dilupakan kerana kanak-kanak lebih tertarik dengan permainan dalam gajet. Kewujudan gajet-gajet canggih yang sering digunakan dalam kehidupan seharian telah membuatkan kanak-kanak menjadi semakin lalai dan kurang berkomunikasi sesama mereka.

Tidak mahu perkara sebegini berlaku, sebuah perlawanan gasing moden, Beyblade Kuterer Challenge 2.0 telah diadakan di Kuala Terengganu dengan mencipta rekod tersendiri dengan menarik seramai 352 peserta.

Pertandingan Beyblade
Sumber: Youtube

Perlawanan gasing moden itu mendapat sambutan hangat sehingga terpaksa menutup penyertaan selepas mendapati jumlah yang mendaftar terlalu ramai. Penganjur juga akan mengadakan lagi perlawanan seumpama itu dengan cadangan awal perlawanan ‘Beyblade Raya’ sempena Aidilfitri.

Objektif penganjuran aktiviti sebegini iaitu mengalih tumpuan atau ‘kegilaan’ kanak-kanak terhadap gajet tercapai apabila ramai golongan kanak-kanak generasi ini menyertai perlawanan itu.

Jangan risau, golongan yang ingin mengimbau memori zaman 90-an boleh juga menyertai perlawanan ini kerana ia terbuka kepada semua peringkat usia seawal 4 tahun sehinggalah warga emas.

Sumber: Sinar Harian

 

Wow! Rumit juga ya buat permainan video.

BALIK TABIR : Permainan Video

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.