tidak perlu 'safely remove' USB

Microsoft Sahkan Tidak Perlu ‘Safely Remove’ Pemacu Kilat USB Lagi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perasan tidak apabila kita mencucuk pemacu USB pada komputer, ada ikon kecil yang memberitahu untuk kita klik ‘Safely Remove Hardware’ pemacu USB tersebut?

‘Safely remove’ ialah proses untuk menghentikan hubungan antara komputer dan juga pemacu pena dan menjadikannya selamat untuk ditanggalkan dan mengurangkan risiko cakera keras atau pemacu pena cepat rosak.

Selama bertahun-tahun, kita perlu mengikut peraturan itu semasa menggunakan komputer walaupun kadang kala terasa menjengkelkan untuk berbuat demikian.

Namun, setelah Microsoft mengenal pasti isu itu dan memperbaikinya, mereka telah mengesahkan pengguna tidak perlu menekan ‘Safely Remove Hardware’ lagi sebelum menyingkirkn pemacu kilat dari komputer.

tidak perlu 'safely remove' USB
Sumber: Gamebrott

Tetapi peraturan ini hanya boleh digunakan pada Windows 10 versi 1809. Windows 10 mempunyai ciri yang dipanggil ‘Quick Removal’ yang membolehkan anda mencabut cakera atau pemacu anda pada bila-bila masa.

Juga diingatkan, anda masih boleh kehilangan data jika mengeluarkan pemacu kilat semasa operasi pindah data sedang berlaku.

Quick Removal – Polisi ini membenarkan storan dicabut pada bila-bila masa tanpa menuruti proses ‘Safely Remove Hardware’. Bagaimanapun, ia tidak mengendalikan proses cache data dan ini mungkin merendahkan sedikit prestasi.

Jika anda belum menerima kemas kini Windows 10 versi 1809 lagi, anda boleh menghubungkan komputer dengan Internet dah periksa kemas kini secara manual.

Sumber: The Verge