Acap Gopeng

Misteri Kehilangan Acap Akhirnya Terjawab?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hari ini genap 18 hari kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hasan atau lebih dikenali sebagai Acap.

Pelbagai usaha pencarian dilakukan bermula dari Bukit Batu Putih, Gua Tempurung, Gua Kandu dan kawasan sekitarnyan sehinggalah laluan ke lebuh raya turut diselusuri pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Bukan sekadar anggota beruniform yang turun padang malah sukarelawan, individu mahupun kumpulan yang mendakwa mampu menyelesaikan misteri kehilangan Acap gagal meleraikan teka-teki itu.

Sehingga pelbagai teori dan desas-desus yang mengatakan Acap dipercayai telah ditarik ke alam ghaib dan kononnya telah berkahwin dengan orang bunian sehingga tidak mahu pulang ke dunia asal.

Bagaimanapun, misi pencarian kehilangan Acap mungkin sudah terjawab apabila salah seorang sukarelawan yang menyertai operasi SAR memuat naik hantaran di Facebook mengatakan tugasan mereka sudah selesai.

Acap Gopeng
Sumber: Mingguan Wanita

Alhamdulillah selesai sudah tugas kami di sini.

Tengah hari ini kami beransur pulang. Satu pengalaman yang tak kan dilupakan. Misi membantu keluarga Abang Zaid untuk mencari adiknya, Acap yang hilang tanpa jejak.

Kami sudah jalankan tugasan kami sebaik mungkin. Semoga informasi yang kami sudah sampaikan dapat membantu usaha di hari mendatang. InsyaAllah tak lama lagi settle lah tu.

Tak lupa juga kepada team yang padu dan semangat juang yang tinggi. Korang memang terbaik, memang redah tempat yang orang tak masuk punya. Syukur sebab telah berjaya rungkaikan dan sampai kepada konklusi akhir.

Jutaan terima kasih kepada IM Paskal, Uncle David, Abang Annuar, Rizal Tarzan, dan adik Zarul n team.

InsyaAllah persahabatan yang takkan putus. Sama-sama susah redah ke semua tempat tanpa henti dan all out sampai kita semua dapat jawapan bersama dan diserahkan kepada abang Zaid dan wakil PDRM. Hujan panas, terik mendung, sungai lumpur, semua kita dah redah, setakat netizen maki ni apa adahal gais.

Tak lupa juga, terima kasih kepada semua team yang terlibat baik secara rasmi atau sukarela. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada pihak MOSARS, BOMBA, PDRM, ATM, dan semua unit lain yang terlibat. Semoga kita sama-sama tabah menghadapi jawapannya nanti.

Jangan bersedih teman… kita semua sudah all out berikan yang terbaik. Tiada lain niat kita semua sama, iaitu hendak membantu orang yang tengah susah dan kehilangan ahli keluarga.

Apa pun jawapannya yang akan dibongkarkan oleh pihak PDRM nanti, kita terima dengan hati terbuka. Yang pasti ia akan memusnahkan segala mak nenek teori alam ghaib yang merapu dan meraban.

Tak lupa kepada semua gerakan-gerakan Ahlillah yang terlibat, para scanner, tracker, para pewaris yang Haq, jutaan terima kasih dan Alhamdulillah ala kulli haal kerana sudi membantu kami. Wa Nafaana wa iyyahum bi uluumihim fid Daaraini, Aamiin…

Akhir kata, kepada keluarga Asyraf semoga terus bertabah menghadapi segala jerit perih ini sehinggalah semuanya selesai. Kami disini mendoakan agar satu hari nanti saudara Asyraf tergerak hati hendak pulang dan dapat kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.

Ini penting agar kita semua sama-sama dapat mendengar jawapan dan penjelasan daripada tuan empunya badan sendiri. InsyaALLAH…

.
Persoalan terakhir, Cui Bono? 😉

“Muncul kecewa, hilang derita.”

Hantaran yang dimuat naik Muhammad Mamzah (Brado Kapok) di laman sosial Facebook menjadi tanda tanya netizen tentang status kehilangan Acap.

Apa pun, kita tunggu sahaja laporan PDRM mengenai perkembangan kehilangan saudara Acap ini.