minyak sawit Malaysia

Malaysia, Indonesia Sepakat Bantah Kempen Anti-Sawit Pada EU

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kedua-dua pengeluar utama minyak sawit dunia, Malaysia dan Indonesia bersepakat menandatangani surat bantahan bersama kepada Kesatuan Eropah berhubung rancangan mereka melarang penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit.

Kedua-dua negara ini akan memulakan misi bersama ke Brussels di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).

“Malaysia telah menegaskan bahawa undang-undang itu jelas mendiskriminasi biobahan api dan biocecair yang dihasilkan minyak sawit berbanding tanaman lain” – Kementerian Industri Utama.

Industri minyak sawit berdepan krisis meruncing apabila Parlimen EU meluluskan resolusi memboikot penggunaan produk minyak sawit yang dihasilkan menerusi cara tidak mampan menjelang 2030.

Resolusi itu termasuklah minyak sawit, komoditi penting bagi Indonesia dan Malaysia yang menghasilkan hampir 90 peratus minyak sawit dunia.

minyak sawit Malaysia
Sumber: Greenchemicalblog

Mengapa negara-negara Eropah memboikot pengeluaran minyak sawit?

Dakwaan yang memberikan persepsi negatif negara mereka terhadap minyak sawit terhadap penebangan hutan untuk tujuan pembukaan ladang sawit sehingga menyebabkan spesis hidupan liar pupus adalah semata-mata mahu menjaga kepentingan ekonomi mereka.

Ia disebabkan kos bagi pengeluaran minyak sawit adalah murah berbanding minyak kacang soya yang dikeluarkan kebanyakan negara Eropah. Bagi penanaman kacang soya, mereka terpaksa menanam tiap-tiap tahun untuk mendapatkan hasil tetapi penanaman kelapa sawit hanya memerlukan 25 tahun sekali.

Demi menjaga ekonomi mereka, negara Eropah akan membuat pelbagai alasan seperti kekurangan hutan semula jadi di Malaysia mengakibatkan spesis haiwan terancam seperti orang utan dan Harimau Malaya.

Tun Dr Mahathir berkata, negara Eropah juga bersikap hipokrit apabila suatu ketika dahulu mereka menjajah negara ini juga menebang hutan bagi penanaman kelapa sawit.

“Mereka dapat kekayaan dan dibawa balik ke negara mereka, kita tak dapat apa-apa bahagian daripada kekayaan mereka perolehi akibat penebangan hutan di negara ini.

“Pada masa itu tak ada protes, tak ada orang kata jangan tebang hutan, ada harimau di situ, ada kera di situ, ada gajah di situ, tapi apabila kita tebang hutan dan kita berniat untuk berkongsi kemewahan negara dengan orang negara ini, mereka kata tidak boleh pula,”

Susulan itu, maklumat serta tafsiran salah mengenai pengeluaran minyak sawit itu akan turut menjejaskan negara-negara yang bergantung kepada industri berkenaan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat.

Justeru, Malaysia tetap terus berusaha menangani amalan diskriminasi yang menjejaskan perdagangan minyak sawit. Jika diskriminasi terus berlaku, apakah nasib pekerja-pekerja industri ini pada masa akan datang?

Sumber: MPI, Sinar Harian