bunuh diri main PUBG

Dilarang Main PUBG, Remaja Ini Bunuh Diri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sementara Malaysia masih tiada kata putus berhubung pengharaman permainan video PlayerUnknown’s Battleground (PUBG), seorang remaja lelaki di India bertindak membunuh diri akibat kecewa kerana dilarang bermain permainan video itu.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku pada 1 April lalu apabila pelajar yang berusia 16 tahun itu disuruh ibunya berhenti bermain PUBG dan belajar untuk peperiksaan keesokannya.

Jurucakap polis Malkajgiri, Sub Inspektor K Sanjeeva Reddy, berkata remaja itu, Kallakuri Sambashiva, menjadi berang lalu masuk ke dalam bilik dan menggantung dirinya pada kipas siling menggunakan kain.

bunuh diri main PUBG
Sumber: Gulf News

Keluarganya mengejarkan mangsa ke hospital namun disahkah sudah meninggal dunia.

Menurut polis, remaja yang belajar di sekolah swasta itu sedang menduduki peperiksaan dan hanya tinggal satu mata pelajaran lagi. Dia sering bermain permainan video itu di telefon pintar ibu bapanya.

Media India melaporkan pentadbiran beberapa bandar di Gujarat sudah mengharamkan permainan itu kerana menyebabkan pemainnya menjadi ganas dan pelajar lalai dalam pelajaran.

BACA: Mahasiswa Ditahan Polis Gara-Gara Main PUBG

Di Malaysia masih tiada berita mengenai kejadian seperti ini tetapi kalau tidak dibendung, mungkin bakal berlaku seperti di India.

Sumber: India Times