0

Terminator: Dark Fate, Paramount Pictures Dedah 6 Imej Terbaru

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semasa konvensyen CinemaCon yang berlangsung minggu lepas, Paramount Pictures telah mengejutkan pengunjung dengan imej-imej terbaru dari filem Terminator: Dark Fate.

Sebelum ini, telah tular di internet imej-imej dari filem ini yang memaparkan watak Linda Hamilton, Mackenzie Davis, Natalia Reyes, Gabriel Luna dan Diego Boneta.

Tetapi, inilah kali pertama peminat dapat menyaksikan watak yang sangat ditunggu-tunggu iaitu watak lakonan Arnold Schwarzenegger.

1

Berikut adalah sinopsis rasmi dari Paramount Pictures: “Linda Hamilton (Sarah Connor) dan Arnold Schwarzenegger (T-800) kembali memegang watak ikonik masing-masing dalam Terminator: Dark Fate, yang diarahkan oleh Tim Miller (Deadpool) dan diterbitkan oleh pembikin filem bervisi tinggi James Cameron dan David Ellison.

Susulan dari filem Terminator 2: Judgment Day (1991), filem ini turut dibintangi oleh Mackenzie Davis, Natalia Reyes, Gabriel Luna dan Diego Boneta.”

Terminator: Dark Fate

Buat pertama kali sejak 1991 juga, James Cameron kembali terlibat dengan francais Terminator sebagai penyumbang cerita yang skripnya ditulis oleh David S. Goyer, Justin Rhodes dan Billy Ray.

Terminator: Dark Fate

Terminator: Dark Fate ini melupuskan atau tidak mengambilkira langsung rentetan peristiwa yang berlaku dalam Terminator 3: Rise of the Machines (2003), Terminator: Salvation (2009) dan Terminator: Genisys (2015).

Terminator: Dark Fate

Filem Terminator kali ini juga dijangka mengikuti kembali asal-usul penghasilannya pada tahun 1984 dahulu ialah sebagai filem berbajet rendah dan mendapat klasifikasi ‘R’ atau untuk tontonan dewasa.

Terminator: Dark Fate

Setelah menonton Alita: Battle Angel (baca ulasan kami di SINI) yang turut diterbitkan oleh James Cameron, kami tidak meletak sebarang harapan yang tinggi untuk filem ini.

Terminator: Dark Fate

Bolehkah Tim Miller mengatasi Robert Rodriguez dan berjaya mencipta kejutan? Terminator: Dark Fate dijangka akan tiba di Malaysia mulai 24 Oktober ini.

*cue Terminator theme*

 

Sumber: Joblo.com