Walmart

Walmart Lawan Amazon Dengan Perkenalkan Fungsi Pembelian Melalui Pengaktifan Suara

Walmart lawan Amazon dengan perkenalkan fungsi pembelian melalui pengaktifan suara.

Sebut sahaja Walmart, pasti ramai yang sedar kewujudan pasar raya besar di Amerika Syarikat ini. Sudah wujud sejak 31 Oktober 1962, pasar raya Walmart terkenal sebagai salah satu gedung beli belah yang lengkap semuanya.

BACA: Hanya Guna Mimik Muka Tanpa Bersuara, TikToker Khaby Lame Jana RM92k Untuk Satu Video

Langkah maju setapak ke depan jika dibandingkan dengan pasar raya lain, Walmart kini memperkenalkan satu fungsi baru yang akan memudahkan pelanggan mereka, iaitu pembelian barang runcit dengan hanya menggunakan pengaktifan suara.

Dengan memperkenalkan fungsi pengguna boleh membeli barangan runcit melalui pembantu rumah bijak oleh Google (smart-home assistant) sebagai satu percubaan setanding dengan Amazon.com yang meluaskan pengaruhnya dalam bidang e-dagang.

Walmart Lawan Amazon Dengan Perkenalkan Fungsi Pembelian Melalui Pengaktifan Suara

Bermula awal bulan ini, pengguna boleh menambah barang dalam troli pembelian dengan hanya menyatakan, “Hey Google, talk to Walmart”. Informasi dari pembelian terdahulu akan membantu dalam menentukan jenama dan saiz yang pengguna mahukan.

Pembelian melalui suara ini merupakan kerjasama antara dua syarikat bermula Ogos 2017, salah seorang daripada rakan kongsi Walmart telah menjalinkan kerjasama adengan syarikat teknologi termasuklah Microsoft Corp, JD.com China dan Rakuten Japan.

Namun, maklumat mengenai kerjasama ini tidak banyak didedahkan Walmart terutamanya selepas Walmart menarik diri dari platform membeli belah di Google awal tahun ini.

Bagi Alphabet Google Inc. pula, bekerjasama dengan Amazon dapat mengurangkan jurang perbezaan yang ketara kerana menurut Rakan Penyelidikan Risiko Pengguna, Amazon telah menguasai lebih 70% daripada 66 juta peranti pintar di Amerika Syarikat pada Disember, manakala Google Home hanya sekadar 24% sahaja.

Sumber: Free Malaysia Today